Majhul jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud tidak dikenali.
Periwayat yang majhul terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Majhul al-Ain:
- Diri periwayat itu sendiri tidak dikenali.
2. Majhul al-Hal:
- Sifat dan keadaan periwayat itu tidak dikenali walaupun dirinya dikenali sebaik sahaja namanya disebut.
- Maka kita tidak mengetahui sama ada periwayat tersebut bersifat adil atau tidak.
- Imam Ibnu al-Salah dalam kitabnya Ulum Hadis menyebut riwayat yang majhul terbahagi kepada 3. Dua daripadanya adalah majhul al-hal dan satu daripadanya adalah majhul al-ain.
Dua bahagian yang termasuk dalam majhul al-hal tersebut adalah:
- Periwayat yang sifat adilnya tidak diketahui orang, sama ada dari segi luaran mahu pun dalaman.
- Periwayat yang dikenali dengan sifat adil dari segi luaran sahaja, tetapi dari segi dalaman tidak diketahui. Bahagian ini disebut sebagai periwayat mastur مستور.
0 Komen:
Catat Ulasan