Bagi mereka yang ingin mendalami serta mengenal hadis, yang menjadi suatu azimat bagi umat Islam kerana lahirnya daripada junjungan besar kekasih Allah Taala, Muhammad Utusan akhir zaman, maka mereka perlu memulakan langkah dengan ilmu yang dikenali dengan Ulum Hadis.
Ulum hadis atau Mustolah hadis merupakan mata pelajaran yang agak mudah difahami sebenarnya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pembahagian serta pecahan hadis yang terlalu banyak,di samping perbahasannya yang luas, ia menyukarkan kita untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang ilmu ini yang tinggi martabatnya di sisi ulama’.
Justeru, berdasarkan rujukan yang saya ada, saya cuba untuk merangka struktur pembahagian hadis-hadis nabawi berdasarkan kepada pecahan berikut. Semoga dengan usaha yang sedikit ini, dapat memberikan gambaran secara kasar mengenai Ulum Hadis yang kita pelajari ini.
Hadis Nabawi jika dibahagikan berdasarkan kepada sudut yang berbeza, akan menghasilkan bahagian yang pelbagai. Bahagiannya adalah sepertimana berikut:
1. Dari sudut sampainya hadis kepada kita:
1.1 Mutawatir (متواتر)
1.1.1 Hadis Mutawatir Lafzhi (متواتر لفظي)
1.1.2 Hadis Mutawatir Ma’nawi(متواتر معنوي)
1.2 Ahad (آحاد)
1.2.1 Dari segi jalan-jalan hadis
A. Hadis Masyhur(مشهور)
B. Hadis ‘Aziz(عزيز)
C. Hadis Gharib(غريب)
1.2.2 Dari segi penerimaan dan penolakan hadis
A. Diterima
a) Dari segi martabat hadis tersebut
1. Hadis Sohih lizatih (صحيح لذاته)
2. Hadis Sohih lighairih(صحيح لغيره)
3. Hadis Hasan lizatih(حسن لذاته)
4. Hadis Hasan lighairih(حسن لغيره)
b) Dari segi amalan dengan hadis tersebut
1. Hadis yang diamalkan
2. Hadis yang tidak diamalkan
B. Ditolak
a) Hadis ditolak dengan sebab gugur dalam rantaian sanad periwayat hadis
1. Hadis Mu’allaq (معلق)
2. Hadis Mursal(مرسل)
3. Hadis Mu’dhal(معضل)
4. Hadis Munqati’(منقطع)
5. Hadis Mudallas(مدلس)
6. Hadis Mursal Khafi(مرسل خفي)
7. Hadis Mu’an’an(معنعن)
8. Hadis Mu-annan(مؤنن)
b) Hadis ditolak dengan sebab diri periwayat hadis itu sendiri
1. Hadis Maudhu’(موضوع)
2. Hadis Matruk(متروك)
3. Hadis Munkar(منكر)
4. Hadis Mu’allal(معلل)
5. Hadis Syaz (شاذ)
6. Hadis yang bercanggah dengan periwayat thiqah:
i. Hadis Mudrij (مدرج)
ii. Hadis Maqlub(مقلوب)
iii. Hadis Al-mazid fi muttasilil isnad(المزيد في متصل الإسناد)
iv. Hadis Mudhtorib(مضطرب)
v. Hadis Musahhaf (مصححف)dan Muharraf(محررف)
2. Dari sudut kepada siapa dinisbahkan hadis:
2.1 Hadis Qudsi (قدسي)
2.2 Hadis Marfu’(مرفوع)
2.3 Hadis Mauquf(موقوف)
2.4 Hadis Maqtu’(مقطوع)
Pembahagian berikut pula adalah tertumpu kepada hadis yang dhaif atay hadis yang tertolak.
Hadis tertolak yang disebabkan oleh:
1. Gugur pada Sanad atau Isnad
1.1 Gugur yang jelas nyata
1.1.1 Hadis Mu’allaq (معلق)
1.1.2 Hadis Mursal(مرسل)
1.1.3 Hadis Mu’dhal(معضل)
1.1.4 Hadis Munqati’(منقطع)
1.2 Gugur secara tersembunyi
1.2.1 Hadis Mudallas(مدلس)
1.2.2 Hadis Mursal Khafi(مرسل خفي)
1.2.3 Hadis Mu’an’an(معنعن)
1.2.4 Hadis Mu-annan(مؤنن)
2. Terdapat pertikaian pada diri periwayat hadis
2.1 Pertikaian yang menyentuh keadilan periwayat hadis
2.1.1 Berbohong
- Hadisnya dinamakan sebagai: Maudhu’ (موضوع)
2.1.2 Dituduh berbohong
- Hadisnya dinamakan sebagai: Matruk (متروك)
2.1.3 Fasiq
- Hadisnya dinamakan sebagai: Munkar (منكر)
2.1.4 Melakukan bid’ah dalam hadis
- Hadisnya dinamakan sebagai: Dhaif (ضعيف)
2.1.5 Jahil.
- Hadisnya dinamakan sebagai: Dhaif (ضعيف)
2.2 Pertikaian yang menyentuh soal penjagaan hadis oleh periwayat
2.2.1 Kesalahan yang besar dalam hadis
- Hadisnya dinamakan sebagai: Munkar (منكر)
2.2.2 Lemah hafalan
- Hadisnya dinamakan sebagai: Dhaif (ضعيف)
2.2.3 Kealpaan dan kecuaian
- Hadisnya dinamakan sebagai: Munkar (منكر)
2.2.4 Banyak keraguan dan syak wasangka
- Hadisnya dinamakan sebagai: Mu’allal(معلل)
2.2.5 Bercanggah dengan periwayat yang thiqah
- Hadisnya dinamakan sebagai:
A. Hadis Mudrij (مدرج)
B. Hadis Maqlub(مقلوب)
C. Hadis Al-mazid fi muttasilil isnad(المزيد في متصل الإسناد)
D. Hadis Mudhtorib(مضطرب)
E. Hadis Musahhaf (مصححف)dan Muharraf(محررف)
F. Hadis Syaz










