Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Pengenalan Sanad

Ahad, 8 Februari 2009



Pada satu hari, Ahmad berjalan-jalan di tepi pinggir kampung. Ketika sedang asyik melihat keindahan alam, dia terlihat satu kemalangan maut telah berlaku yang melibatkan kereta dan bajak. Setelah melihat kejadian tersebut, Ahmad pulang ke rumah dan keesokannya dia pergi ke sekolah dan menceritakan kepada rakannya Mawi mengenai kejadian tersebut. Mawi ternganga sebentar.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah sampai. Mawi pun melulu kepada rakan karibnya Amirul yang pada ketika itu sedang beratur untuk membeli syai. Terperanjat Amirul dibuatnya. “Eh, apa hal kau ni? “Aku ada cerita baeik”, jawab Mawi lalu menceritakan kisah kemalangan tersebut.

Setelah sekolah sesi pagi tersebut habis, Amirul pulang ke rumah dan menceritakan kisah yang sama kepada adiknya Wirna. Wirna kemudiannya menceritakan peristiwa berkenaan kepada ibunya.

Kisah di atas menyaksikan berita mengenai kemalangan berkenaan disampaikan dari satu mulut ke satu mulut yang lain bermula dari Ahmad, kemudian Mawi, Amirul, Wirna dan ibunya.

Ahmad >> Mawi >> Amirul >> Wirna >> Ibu

Kisah ini cukup untuk memberi gambaran kepada perjalanan hadis nabi dan boleh diumpamakan dengan konsep sebuah sanad hadis yang mana Nabi menyampaikan sebuah hadis dan para sahabat mendengar. Kemudian mereka pun meriwayatkan hadis tersebut kepada sahabat-sahabat yang lain yang tidak hadir di dalam majlis nabi tersebut sehingga hadis tersebut sampai kepada telinga tabi’e, tabi’e tabie’in dan proses ini berlaku seterusnya.

ٍSaya akan gunakan kisah ini dalam beberapa contoh selepas ini insya Allah.


1 Komen:

madalynaqualley berkata...

MGM, Wynn Resorts Casino in Las Vegas - KTNV
MGM Resorts 충청남도 출장안마 International has opened its 부천 출장샵 doors on a 안성 출장안마 $2.5 강릉 출장안마 billion gaming floor, 상주 출장안마 creating the new Wynn Las Vegas. MGM Resorts International, a multi-

3 Mac 2022 pada 3:25 PTG

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin