Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Tadlis al-Taswiyaah

Khamis, 9 Disember 2010

1.0 Definisi tadlis al-taswiyyah تدليس التسوية

Periwayat yang melakukan tadlis ini menggugurkan “sheikh kepada sheikhnya” daripada rantaian sanadnya, mungkin kerana “sheikh kepada sheikhnya” itu masih kecil, atau ia dhoif, atau baginya ia thiqah tetapi tidak bagi ulama lain yang membuat jarah dan ta’dil, sedangkan sheikhnya sendiri tidak sebegitu (telah besar dan thiqah).

Oleh kerana sifat-sifat yang telah disebutkan tadi yang terdapat pada “sheikh kepada sheikhnya” itu, maka dia membuang “sheikh kepada sheikhnya” itu dengan tujuan memperelokkan sanadnya agar ia tidak dirosakkan dengan kelemahan yang ada pada “sheikh kepada sheikhnya”.

Satu perkara lagi yang perlu dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut adalah menggunakan kalimah yang menunjukkan seolah-olah sanad dalam riwayatnya bersambung antara sheikhnya dengan sheikh kepada “sheikh kepada sheikhnya”.

2.0 Hukum tadlis al-taswiyyah

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: Bahagian ini adalah bahagian tadlis yang paling buruk. Ini kerana thiqah yang pertama (sheikh kepada periwayat tadlis) kadang-kadang bukanlah seorang yang melakukan tadlis – apabila berlaku tadlis al-taswiyyah ini, maka keadaan yang berlaku seolah-olah sheikh kepada periwayat tadlislah yang telah menggugurkan nama sheikhnya sendiri (sheikh kepada sheikh periwayat) – dan begitu juga selepas berlaku tadlis al-taswiyyah ini, jikalau seseorang itu bergantung kepada sanad untuk menetapkan hukum hadis dan mendapati hadis ini diriwayatkan pula daripada thiqah yang lain, pasti dia akan mengatakan bahawa hukum hadis ini adalah sohih.

Perhatian penting:

Sesebuah hadis tidak akan dianggap sebagai hadis yang telah ditadliskan dengan tadlis bahagian ini melainkan jika diketahui dengan jelas bahawa periwayat tadlis ini mendengar, mengambil dan menjadi anak murid kepada sheikhnya. Begitu juga hendaklah diketahui dengan jelas bahawa sheikhnya mengambil hadisnya daripada gurunya dan begitu jugalah yang berlaku kepada guru-guru seterusnya sehingga ke akhir sanad.

Hal yang demikian bermaksud tidak cukup hanya sekadar diketahui bahawa periwayat tadlis itu mendengar hadis daripada sheikhnya bahkan hendaklah diketahui di setiap peringkat agar dapat dipastikan bahawa sanad berkenaan benar-benar bersambung. Ini kerana seseorang yang melakukan tadlis al-taswiyyah tidak menggugurkan sheikhnya tetapi menggugurkan sheikh kepada sheikhnya.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin