Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Penguasaan Asas Sebagai Langkah Utama Untuk Penguasaan Bahasa

Ahad, 16 September 2007

بسم الله الرحمن الرحيم

الر تلك ايات الكتاب المبين إنا أنزلناه قرآنا عربيا لعلكم تعقلون

Bahasa arab pada hakikatnya bukanlah satu bahasa yang susah untuk dipelajari berbanding dengan apa yang ditanggapi oleh kebanyakan orang. Walau bagaimanapun ia akan menjadi sukar jikalau asasnya tidak dapat dikuasai dengan baik. Ini kerana asas sesuatu perkara amatlah penting untuk kita memahami bahagian yang lebih tinggi atau yang yang lebih dalam. Seperti mana orang yang ingin menyertai pertandingan berlari perlulah pandai merangkak dan berjalan kaki sebagai asas untuk berlari.

Oleh kerana itu, untuk menguasai bahasa arab, kita perlu memahami asasnya terlebih dahulu dengan sebaik-baiknya sebelum kita berpindah ke bab yang lebih terperinci lagi. Saya melihat antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kegagalan pelajar memahami selok belok bahasa arab walau pun sudah melalui peringkat yang tinggi umpamanya sudah pun bergelar mahasiswa di dalam jurusan agama adalah kerana kurangnya kefahaman mereka terhadap asas bahasa arab yang merupakan tulang belakang kepada peguasaan yang menjitu terhadap bahasa al-Quran ini.

Saya tekankan di sini bahawa amatlah penting untuk kita mempelajari tajuk dalam ilmu bahasa arab satu-persatu megikut turutan. Untuk tujuan ini, saya mengambil sedikit ruang di sini agar dapat sama-sama kita mengulang-kaji tajuk-tajuk asas tersebut agar sama-sama kita memantapkan lagi penguasaan kita terhadap bahasa ini.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin