Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Tandusnya generasi muttaqin

Ahad, 16 September 2007

Madrasah Darul Ulum


Di sinilah tertanam seribu satu kenangan pahit manisku
Menempuh onak duri ranjau berliku
Ketika ku bertarung mengharungi sungai berdarah
Diiring perjuangan yang takkan sudah.

Di sinilah tempat ku membesar
bersama dengan panahan sembilu
Yang mengguris hawa dan jiwaku
Namun tiada berparut ditinggalkan
bahkan manis yang kurasakan.


Sahabat-sahabat sekalian

Kalau nak tahu, inilah sekolah ana, madrasah darul ulum yang diasaskan pada tahun 1988. Sekarang dah tukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Darul Ulum. Walau pun madrasah ni tidaklah dikenali ramai berbanding dengan beberapa madrasah arabiah lain di Johor. Namun ia memenuhi sebahagian besar kisah silam perjuangan ana bersama sahabat-sahabat yang lain. Selama 6 tahun ana berpendidikan di madrasah ini, satu jangka masa yang semestinya sudah cukup untuk seseorang menambat rasa cinta sedalam lurah terhadap insan yang diiktiraf sebagai kekasih hatinya lebih-lebih lagi cinta itu disulami dengan pahit manisnya. Begitulah rasa sayang kita ini terhadap tempat yang dahulunya kita bermuqim untuk mencanai secubit ilmu agar tiada dahaga mendatang di perjalanan .

Oleh kerana Madrasah ini tidak begitu dikenali ramai, maka pelajar juga tidak ramai. jikalau kita menghitung jumlah pelajar di sekolah menengah kebangsaan, nescaya kebanykan kuantitinya mencecah 40 oarang. namun, jangan antum tidak percaya, jumlah ini hanya cukup meliputi jumlah keseluruhan pelajar yang mengaji di sekolah ini. Ini ketika ana tingkatan 5 tahun 2004. sekarang ramai sikit. Walau bagaimanapun, masih tidak menjejaki angka 2 sifar.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t

Sekolah menengah agama merupakan satu institusi yang dapat melahirkan generasi pelapis para pendaie pada hari ini. Namun, kalau lah kita meneliti kembali apa yang ana sampaikan tadi, walaupun angkanya mencecah seratus orang sekalipun, adakah angka ini mencukupi untuk kita pastikan keberlangsungan dakwah itu sentiasa berterusan dalam keadaan masyarakat yang sedang menghadapi krisis kegentingan dari sudut akhlak dan moralnya? Sudah pasti jawapannya sahabat sendiri yang akan menjawabnya. Masyarakat ini ketandusan kefahaman terhadap agama Islam. Siapakah yang akan memberi jalan kepada mereka jikalau sebuah akademi yang membentuk daie sendiri pun sudah kecundang ditambah lagi dengan tumbuhnya akademi yang menjadi 'vitamin' kepada maksiat. Kita yakin adanya kesedarang di kalangan segelintir masyrakat kita, namun akibat daripada tiada pendorong yang memberikan mereka jalan, mereka akhirnya hanyut bersama kebenaran palsu mereka yang tiada rapuhnya apabila keyakinan terhadap kepercayaan tersebut membatu dalam benak sanubari mereka.

Sahabat-sahabat.

Sekolah menengah di negeri Johor jumlahnya sekitar 700 buah dan hanya 24 buah (yang ana tahu) daripadanya adalah sekolah menengah agama arab. Ini bermakna kalau saya bundarkan jumlah sekolah menengah kebangsaan adalah 675 buah manakala sek. men. agama adalah 25 buah. Dan setiap kebanyakan sek. men. kebangsaan bilangan pelajarnya mencecah ribuan berbanding dengan sek. men agama yang kebanyakan bilangan pelajarnya ( yang bakal penjadi daie ni) hanyalah 500 orang secara anggaran purata. ini adalah satu kelemahan besar kepada institusi dakwah ditambah pula belum tentu setiap pelajar yang belajar di sek men agama arab ini akan mewaqafkan diri mereka untuk agama Allah ini..

Maka, ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabat agar kita sama-sama berfikir sejenak adakah kita sudi untuk berkorban untuk agama tercinta ini atau tidak. kalau kita sanggup, maka marilah kita mulakan dengan langkah kaki kanan kita mencorak jiwa menjadi serang pendaie insya Allah. Wassalam.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin