Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Pendapat-pendapat ulama’ mengenai hukum beramal dengan hadis dhoif

Rabu, 17 Disember 2008


Gambar Hiasan

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’mengenai hukum mengambil hadis dhoif untuk dijadikan amalan dan pegangan. Pendapat-pendapat tersebut terbahagi kepada 3:

Pendapat pertama:

Tidak beramal dengan hadis dhoif secara total (keseluruhannya),

Tidak kira samada hadis dhoif berkenaan adalah yang berkaitan dengan hukum-hakam atau yang menyebut tentang fadhilat-fadhilat amalan.

Ini bermakna, walaupun hadis dhoif berkenaan hanya menyebut tentang kelebihan-kelebihan serta galakan untuk beramal, ia tetap tidak dijadikan hujjah dan ditolak.

Pendapat kedua:

Beramal dengan keseluruhan hadis dhoif.

Pendapat ini disandarkan kepada Abu Daud dan Ahmad.

As-Sakhawi berkata di dalam Fathul Mughis: Abu Daud mengeluarkan hadis dhoif jika tidak terdapat hadis lain di dalam bab yang dibincangkannya.

Walaupun mereka berpandangan sedemikian, namun hadis dhoif yang dimaksudkan oleh mereka (yang boleh diamalkan) bukanlah keseluruhan jenis hadis dhoif, tetapi yang dimaksudkan adalah hadis dhoif yang lemah disebabkan oleh perawinya yang lemah hafalan
, atau perawinya majhul 'ain (tidak dikenali siapakah orangnya), majhul hal (tidak diketahui biografinya) dan sebagainya.

Tambahan pula, Abi Daud diceritakan pernah berkata, engkau hampir-hampir tidak akan menjumpai seseorang yang melihat sesuatu pandangan (pendapat) melainkan di dalam hatinya ada keraguan. Dan aku lebih suka untuk mengambil hadis dhoif berbanding dengan pendapat atau pandangan seseorang.

Abi Daud ketika diajukan satu soalan berkenaan dengan satu situasi iaitu:

“Jika di dalam sebuah daerah terdapat 2 orang lelaki.
>>Lelaki yang pertama ialah ahli hadis yang tidak diketahui keadaan dan status hadisnya, sohih atau tidak, manakala
>>Lelaki yang kedua adalah ahli Ra’yi (pendapat),

Maka di antara kedua-dua lelaki tadi, yang mana satukah yang perlu diajukan soalan (untuk bertanyakan hukum dan sebangainya)?

Dalam keadaan ini, Abi Daud menyatakan, tanyalah kepada ahli hadis dan tidak perlu untuk meminta pandangan daripada ahli Ro'yi.

Pendapat ketiga:

Beramal sebahagian dan menolak sebahagian.

Imam Nawawi di dalam ‘al-Taqrib’ menyatakan bahawa harus bagi ahli hadis untuk bertoleransi, bertolak ansur dan tidak terlalu berkeras dalam soal penerimaan terhadap sanad-sanad dan riwayat hadis yang dhoif tanpa perlu menjelaskan bentuk dhoifnya hadis berkenaan.Tetapi hadis maudhu' (hadis palsu) terkecuali daripada keharusan tersebut.

Walaubagaimana pun, keharusan yang dinyatakan oleh Imam Nawawi terikat dengan perkara berikut:

1) Ia bukan hadis yang menyatakan sifat-sifat Allah S.W.T .

>> Jikalau hadis dhoif berkenaan menyebut mengenai sifat-sifat Allah S.W.T, maka ia perlu ditinggalkan kerana ia menyentuh perkara Usul dalam Islam sedangkan hadis berkenaan adalah dhoif, tidak kuat sandarannya untuk dijadikan pegangan.

2) Ia bukanlah hadis yang menyebut tentang hukum-hakam seperti soal halal dan haram.

3) Tidak menyentuh soal akidah

Ini bermakna, hadis yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, menyebut soal hukum halal haram dan menyentuh aspek akidah perlulah diperhalusi dan tidak boleh diterima begitu sahaja tanpa sebarang penelitian. Jika jelas ianya dhoif, maka hendaklah ditolak.


Gambar Hiasan

Selain itu, beberapa syarat juga telah diletakkan oleh Ulama’ (Sheikhul Islam) dalam beramal dengan hadis dhoif.

Syarat 1: Dhoifnya hadis itu tidak keterlaluan.

Oleh itu, jikalau dhoifnya hadis tersebut kerana periwayatnya terkenal dengan pendusta, atau dituduh mendusta, maka tidak boleh beramal dengan hadis berkenaan.

Syarat 2: Hadis dhoif berkenaan termasuk dalam katogari hadis yang diamalkan pada asalnya.

Bermakna, amalan-amalan atau fadhilat-fadhilat yang dinyatakan dalam hadis dhoif berkenaan sememangnya telah menjadi amalan bagi umat Islam. Maka apabila datang hadis dhoif berkenaan menyebut amalan yang sama, kita boleh beramal dengan hadis berkenaan.

Syarat 3: Tidak beranggapan bahawa beramal dengan hadis dhoif tersebut merupakan suatu ketetapan dalam hukum untuk beramal dengannya, bahkan ia diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga.



0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin