Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Mantiq, Disiplin Ilmu Mengawal Pemikiran.

Rabu, 26 November 2008

Bagi sesiapa yang mengambil kuliah Usuluddin di Universiti al-Azhar, maka salah satu subjek yang dipelajarinya di tahun 1 dan 2 adalah Mantiq. Mungkin menjadi igauan kepada mereka untuk memahami serta menguasai subjek ini lantaran kerana pembahagian-pembahagian yang memerlukan kepada akal yang tajam sebelum rahsianya dapat diselongkar serta dilumatkan sehabis mungkin.

Sebenarnya, di dalam Mantiq terdapat dua perbahasan ilmu yang besar yang menjadikan al-ilmu itu terbahagi kepada dua;-

1) Tasawwur.
2) Tasdiq.

Terlebih dahulu, mari kita lihat terlebih dahulu perbahasan ulama’ mengenai apakah yang dimaksudkan dengan al-ilmu.

Rajah 1

Dinyatakan di dalam rajah, ilmu itu ialah semata-mata kita memperolehi, mendapat, atau memahami sesuatu. Dan apabila sesuatu ilmu إذعانا للنسبة , maka ia adalah ilmu Tasdiq. Dan jikalau sebaliknya iaitu tidak إذعانا للنسبة , maka, ia adalah ilmu Tasawwur.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan إذعانا للنسبة ?

Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2, إذعان للنسبة ialah kita memahami sesuatu 'perkara' dalam bentuk yang boleh diterima.

Bukti kita memahami 'perkara' tersebut, kita mampu untuk memberi hukum kepada 'perkara'
berkenaan.

kita juga boleh mengatakan
<< إذعان للنسبة itu ialah
الحكم >>
Justeru, apabila
sesuatu {al-ilmu atau al-idrak atau pemahaman kita itu}
disertakan dengan
{إذعان للنسبة} atau {al-hukm 'الحكم'}

maka itulah Tasdiq.

العلم + ( إذعان للنسبة @ الحكم ) = التصديق

Saya datangkan satu contoh; ketika kita melihat epal muda (tasawwur
-mendapat gambaran mengenai epal muda), kemudian kita mengetahui dan memahami bahawa epal muda itu rasanya masam. Lalu kita menyebut: "epal itu masam", ketika itu, kita telah memberi satu hukum kepada epal muda tersebut dengan hukum 'masam'. Itulah yang dinamakan sebagai Tasdiq, dengan meletakkan satu hukum kepada sesuatu yang kita faham atau perolehi.

Dan kesimpulannya, apakah itu Tasdiq?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita lih
at definisinya:-

TAKRIF PERTAMA


Sebahagian ulama’ Mantiq iaitu golongan Mazhab al-Hukama’ mentakrifkannya sebagai:-

الحكم فقط

Maksudnya, Tasdiq bagi mazhab ini hanyalah sekadar memberi hukum kepada sesuatu.
>> Maka Tasdiq berdasarkan pendapat mereka adalah بسيط iaitu mudah.
>> Tetapi mereka mensyarat Tasdiq tersebut mestilah terdiri daripada hasil gabungan 3 tasawwur.
1) Tasawwur Mahkum Bih (dikenali dengan istilah "Mubtada" dalam ilmu Nahu)
2) Tasawwur Mahkum 'alaih (dikenali dengan istilah "Khabar" dalam ilmu Nahu)
3) Tasawwur an-Nisbah al-Hukmiyyah.


Kita ambil 1 contoh Tasdiq;- زيد قام


Di dalam contoh tersebut, jikalau kita hanya mendatangkan kalimah زيد (Tasawwur Mahkum Bih) sahaja, ia adalah Tasawwur, kerana tiada hukum (Tasawwur Mahkum 'alaih) di dalamnya.

Dan begitu juga jikalau kita mendatangkan kalimah قام sahaja, iaitu mendatangkan hukum (Tasawwur Mahkum 'alaih) sahaja, ia masih belum menjadi Tasdiq. Hanya kita mendatangkan kedua-dua kalimah, maka lengkaplah ia menjadi satu ayat dan rukunnya untuk menjadi tasdiq telah lengkap.

Seperti yang kita tahu, Tasdiq memerlukan kepada al-hukm, dan hukm di dalam contoh tersebut adalah قام, iaitu Zaid dihukumkan sebagai telah berdiri.

Apakah yang dimaksudkan sebagai al-hukm?


Al-hukm seperti mana yang telah disebut oleh al-Munataqah (Golongan ahli Mantiq) ialah kita melihat sama ada nisbah itu berbetulan dengan perkara sebenar atau tidak.
Blog Widget by LinkWithin