Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Mari Lakukan Perubahan

Ahad, 19 April 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang menjadikan malam dan siang silih berganti. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, isteri, kaum keluarga yang sentiasa menjunjung kebenaran perjuangan suci baginda.

Selaut kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Rabbul Jalil kerana masih memberi peluang sama-sama berkumpul dengan niat dan matlamat yang satu. Semoga perhimpunan kita dipayungi rahmat serta serta dilimpahkan kasih dan diiringi kemenangan daripada-Nya.

Gambar Hiasan

Sahabat mahasiswa/wi yang dikasihi sekalian,

Dewasa ini menyaksikan dunia tenggelam dalam arus globlisasi yang mencabar serta menguji daya tahan fizikal dan mental seorang mahasiswa/wi lebih-lebih lagi mereka yang berada di Ardhil Kinanah ini. Pelbagai kerosakan telah berlaku akibat daripada tangan-tangan manusia yang rakuskan nama, pangkat dan harta serta tidak pernah berasa syukur dengan apa yang telah mereka kecapi. Tidak cukup sekadar itu, kerosakan akhlak remaja yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang juga semakin meruncing dan membimbangkan semua pihak.

Saya mempelawa para sahabat untuk meninjau kembali apa yang telah berlaku sehari dua yang lalu. Tidak lambat untuk saya menyatakan bahawa saya antara insan yang terperanjat apabila diberitakan terdapat satu aktiviti yang secara jelas mencabar kemurkaan Allah taala telah mendapat tempat di sebalik penganjuran satu program di Kaherah. Jelek rasanya apabila berfikir bagaimana sanggup mereka membiarkan tangan-tangan mereka merancang aktiviti sedemikian. Sedih rasanya apabila persoalan-persoalan umpama "Ke mana mereka menggunakan kepala-kepala mereka untuk menghalakan kehidupan mahasiswa/wi di sini? bermain-main di hati. Lebih menyedihkan bahkan memalukan adalah aktiviti tersebut merupakan rancangan serta agenda mereka-mereka yang bergelar “ustaz dan ustazah” serta dijalankan di atas bumi yang menjadi tapak sebaran dakwah oleh para nabi dan rasul suatu ketika dahulu. Bukan itu yang sepatutnya hari-hari mereka diisi. Bukan resam, tradisi arab badawi yang sepatutnya mereka ikuti. Tetapi ajaran al-Quran dan as-Sunnahlah yang sepatutnya mereka hayati. Seharusnya mereka menonjolkan satu sikap yang bukan menjadi antonim kepada gelaran yang cukup tinggi darjatnya di sisi masyarakat orang-orang kampung mereka, itulah dia si “Ostat”.

Seterusnya bercambahlah suasana amal Islami yang bermula daripada perubahan aktiviti kehidupan yang rapuh kepada sosial yang murni dan harmoni.


Merenung kembali situasi berkenaan, maka saya menyeru kepada seluruh mahasiswa agar tidak seharusnya hanya berpeluk tubuh dan memandang sebelah mata tanpa melakukan sebarang anjakan minda yang matang serta dapat dijelmakan kepada bentuk tindakan yang efektif. Bahkan mahasiswa/wi adalah golongan yang sepatutnya berusaha keras untuk melahirkan genarasi yang rabbani pembimbing rohani yang mampu memimpin negara seiring dan selari dengan kehendak yang bakal mengundang keredhaan Allah Taala.

Sahabat mahasiswa/wi yang dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada matlamat tersebutlah, maka hari ini kita perlu mewacanakan tindakan, juga gerakan persediaan bagi menghadapi golongan masyarakat yang pastinya amat mendambakan sentuhan pendidikan Islami oleh kita saat kita kembali ke pangkuan mereka. Ia perlulah direncanakan bermula dari detik ini agar dapat kita siapkan tenaga, lalu membajakan tunas-tunas kebaikan dalam masyarakat negara, seterusnya bercambahlah suasana amal Islami yang bermula daripada perubahan aktiviti kehidupan yang rapuh menuju kepada sosial kehidupan yang murni dan harmoni.


2 Komen:

Ijlal Binti Saja @ Mearaj berkata...

Salam..apa sebenarnya mereka dah buat dan mahukan... mcm mana benda ini boleh berlaku...

19 April 2009 1:25 PG
SNA berkata...

mgkin boleh diperjelas lagi isu ni?
byk watak dirahsiakan..kenapa ya? (^_^)
harap lebih terbuka~ [heheh]

apa2 pun, thniah kerana antara yg berani bersuara~!!

brikut penjelasan dr mantan presiden PMRAM,
http://www.hairulnizammathusain.blogspot.com/

19 April 2009 7:48 PG

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin