Mungkin di kalangan sahabat-sahabat sekalian, ada yang ingin mengetahui tentang sistem pendidikan yang telah sedia berjalan di universiti tertua di dunia ini. Sebagai permulaan, lebih elok bagi saya untuk memperkenalkan secara ringkas mengenai Universiti al-Azhar al-Syarif Cawangan Tanta. Universiti ini menawarkan 3 pengajian kuliah iaitu:
2. Kuliah Syariah dan Undang-undang
3. Kuliah Al-Quran dan Ilmu-ilmunya
Jika anda ingin menceburkan diri dalam bidas Hadis secara mendalam, anda perlu mendaftarkan diri dalam kuliah Usuluddin dan Dakwah bermula daripada tahun 1.
Kuliah Usuluddin di sini menyediakan 4 bidang pengkhususan iaitu:
1. Syukbah Tafsir dan ilmunya.
2. Syukba Hadis dan ilmunya.
3. Syubah Akidah dan falsafah.
4. Syukbah Dakwah.
Walau bagaimanapun, skop atau silibus pengajian kuliah ini bagi tahun 1 dan 2 tidak menumpukan kepada mana-mana bidang yang dinyatakan di atas, sebaliknya ia merangkumi kesemua bidang tersebut. Anda akan mendapati bahawa setiap subjek yang anda pelajari di tahun 1 dan 2 mewakili salah satu daripada bidang pengkhususan tersebut.
Bagi tahun 3 dan 4 pula, anda perlu memilih sendiri pengkhususan mana yang anda inginkan, sebelum ia ditentukan oleh pihak universiti. Jika anda ingin mendalami ilmu hadis, maka pilihlah syukbah hadis. Setelah anda memilih syukbah tersebut, maka hadirlah ke kuliah berdasarkan jadual yang disediakan tanpa was-was.
Tetapi bukanlah bermakna anda akan meninggalkan terus ilmu daripada pengkhususan yang lain. Anda akan turut mempelajari tafsir, ilmu dakwah dan akidah. Cuma, majoriti subjek yang akan dipelajari adalah subjek yang berteraskan ilmu hadis.
Di sini saya akan menyenaraikan subjek yang dipelajari bermula daripada tahun 1.

Subjek-subjek tahun 1:
Fasal 1
1. Mantiq Qadim
2. Feqh al-Ibadah
3. Nuzhum Islamiah
4. Tarikh Sunnah
5. Ulum Quran
6. Lughah ‘Arabiah
Fasal 2
7. Al-Quran
8. Tafsir
9. Qasas al-Quran
10. Hadis
11. Usul Dakwah
12. Lughah Injiliziah
13. Tauhid
14. Ulum Hadis
15. Tasawwuf
16. Milal wa Nihal
Subjek-subjek tahun 2:
Fasal 1
1. Feqh al-Mu’amalat
2. Mantiq Qadim
3. Ulum Quran
4. Falsafah Ammah
5. Khatabah
6. Syubhat Haula Hadis
Fasal 2
7. Al-Quran
8. Hadis
9. Tauhid
10. Tafsir
11. Lughah ‘Arabiah
12. Tayyarat Fikriah
13. Nuzhum Islamiah
14. Ulum Hadis
15. Lughah Injiliziah
16. Akhlak
17. Syubhat Haula al-Quran
Subjek-subjek tahun 3:
Fasal 1
1. Takhrij al-Hadis
2. Tauhid
3. Sirah Tahliliah
4. Dirasat Asanid
5. Khatabah
6. Manahij Mufassirin
Fasal 2
7. Al-Quran
8. Hadis Tahlili
9. Mustolah al-Hadis
10. Tafsir Maudhu’ie
11. Syubhat Haula Sunnah
12. Tasawwuf
13. Qadhaya Feqhiah Mu’asarah
14. Hadis Maudhu’ie
15. Wasail dakwah
16. Manahij muhaddisin
Fasal 1 setiap sesi akan bermula sekitar bulan 9 atau awal bulan 10 dan berakhir dengan peperiksaan yang dijangkakan akan diadakan pada awal bulan 1.
Fasal 2 pula akan memulakan pengajiannya sekitar 2 minggu selepas tamat peperiksaan fasa 1. Atau dengan kata lainnya sekitar pertengahan bulan 2. Ia akan berakhir dengan peperiksaan yang kebiasaannya diadakan pada pertengahan atau penghujung bulan 5.
Al-Azhar jarang sekali bertindak awal dalam menentukan ketetapan tarikh sesuatu perkara. Ini juga termasuklah jadual peperiksaan untuk setiap fasal dan juga keputusan peperiksaan. Oleh itu, persediaan awal sangat dititik beratkan bagi menghadapi kemungkinan peperiksaan diadakan lebih awal daripada tarikh yang jangkaan anda. Keputusan peperiksaan pula akan memakan masa sekitar sebulan lebih untuk dipaparkan selepas tamatnya peperiksaan. Oleh itu, habiskanlah saki baki masa yang ada untuk memperjuangkan kecemerlangan anda dengan memohon restu ilahi. Jangan pula anda berputus asa, biar pun pena tidak lagi mengeluarkan tintanya.

2 Komen:
KAT MANA LAGI DAPAT ANA LIHAT FOTO-FOTO YG LAIN.....SUDAH 12 TAHUN MENINGGAL TANTA...RINDU PULAK
11 Jun 2012 pada 6:30 PTGbaru baca blog ni.. saya pelajar dari marsah johor, kuliah usuluddin. Mungkin boleh berkongsi lagi serba sedikit suasana belajar awak di sana.. inshaAllah :)
20 November 2015 pada 3:11 PTGCatat Ulasan