Ulum hadis atau Mustolah hadis merupakan mata pelajaran yang agak mudah difahami sebenarnya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pembahagian serta pecahan hadis yang terlalu banyak,di samping perbahasannya yang luas, ia menyukarkan kita untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang ilmu ini yang tinggi martabatnya di sisi ulama’.
Justeru, berdasarkan rujukan yang saya ada, saya cuba untuk merangka struktur pembahagian hadis-hadis nabawi berdasarkan kepada pecahan berikut. Semoga dengan usaha yang sedikit ini, dapat memberikan gambaran secara kasar mengenai Ulum Hadis yang kita pelajari ini.
Hadis Nabawi jika dibahagikan berdasarkan kepada sudut yang berbeza, akan menghasilkan bahagian yang pelbagai. Bahagiannya adalah sepertimana berikut:
1.0. Pembahagian dari segi sifat periwayat hadis @ dari segi diterima atau tidak diterimapakai sesuatu hadis:
1.1. Hadis yang diterima:
1.1.1. Hadis Sohih
# Hadis Sohih Lizaatih : حديث صحيح لذاته
# Hadis Sohih Lighairih : حديث صحيح لغيره
1.1.2. Hadis Hasan
# Hadis Hasan Lizaatih : حديث حسن لذاته
# Hadis Hasan Lighairih : حديث حسن لغيره
1.2. Hadis yang tidak diterimapakai - Dengan sebab berlaku keguguran pada isnad:
1.2.1. Gugur yang jelas dan nyata:
# Mu'allaq : معلق
# Mursal : مرسل
# Mu'dhal : معضل
# Munqati' : منقطع
1.2.2. Gugur yang tersembunyi
# Mudallas : مدلس
# Mursal Khafi : مرسل خفي
# Mu'an'an : معنعن
# Mu-annan : مؤنن
1.3. Hadis yang tidak diterimapakai - Dengan sebab yang berpunca daripada diri periwayat
[Hadis 1.3.1 hingga 1.3.4 = Hadis yang keadilan : العدالة periwayatnya bermasalah sehingga boleh dipertikaikan]
1.3.1. Maudhu' : موضوع
* Periwayatnya berbohong.
1.3.2. Matruk : متروك
* Periwayatnya dituduh berbohong
1.3.3. Munkar : منكر
* Periwayatnya adalah orang yang fasiq iaitu melakukan dosa besar.
1.3.4. Dhaif : ضعيف
* Periwayatnya mengadakan suatu bid'ah dalam hadis
* Periwayatnya seorang yang jahil
[ 1.3.5 hingga 1.3.8 = Hadis yang hafazan @ penjagaan : الضبط periwayatnya bermasalah sehingga boleh dipertikaikan]
1.3.5. Mu'allal : معلل
* Banyak keraguan dalam hadis
1.3.6. Munkar : منكر
* Teruk kesalahannya dalam hadis.
* Periwayatnya cuai dan lalai.
1.3.7. Dhaif : ضعيف
* Periwayatnya lemah hafalan dan ingatan.
1.3.8. Hadis yang bercanggah dengan periwayat yang thiqah:
# Hadis Mudrij : حديث مدرج
# Hadis Maqlub : حديث مقلوب
# Hadis Al-Mazid Fi Muttasilil Isnad : الحديث المزيد في متصل الإسناد
# Hadis Mudhtorib : حديث مضطرب
# Hadis Musohhaf dan Hadis Muharraf : حديث مصحف و حديث محرف
# Hadis Syaz : حديث شاذ
2.0 Pembahagian dari segi bilangan periwayat hadis:
2.1. Hadis Mutawaatir
# Mutawaatir Lafzi : متواتر لفظي
# Mutawaatir Maknawi : متواتر معنوي
2.2. Hadis Ahad
# Masyhur : مشهور
# Aziz : عزيز
# Gharib : غريب
3.0 Pembahagian hadis dari segi kepada siapa hadis tersebut disandarkan:
3.1. Hadis Marfu' : حجيث مرفوع
* Hadis yang terus sampai kepada Rasulullah.
3.2. Hadis Mauquf : حديث موقوف
* Hadis yang terhenti setakat para Sahabat.
3.3. Hadis Maqtu' : حديث مقطوع
* Hadis yang terhenti setakat para Tabi'en.
0 Komen:
Catat Ulasan