Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Mutawatir

Isnin, 30 November 2009

Pembahagian Hadis dari sudut bilangan periwayat hadis:
1. Hadis Mutawatir.
2. Hadis Ahad.

Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah Hadis Mutawaatir.

Takrif Mutawatir

Bahasa

1. Mutawatir jika dilihat dari sudut bahasa merupakan isim fa'il yang terhasil fe'el "Tawaatara" : تواتر
2. Ia bermaksud mengikuti beberapa perkara yang diselang dengan tempoh
3. Sesuatu perkara tidak akan menjadi mutawaatir jika ianya tidak berselang-seli dengan tempoh.
4. Sebagai contoh: Kita mutawaatir dalam berpuasa. Ia bermaksud kita berpuasa sehari, dan berbuka (tidak berpuasa) satu atau dua hari secara berselang seli, bukan kita berpuasa setiap hari berturut-turut.

Demikianlah maksud mutawaatir yang disebut dalam Kamus al-Muhit : المحيط

Istilah

Kita lihat pula makna Hadis yang Mutawaatir dari sudut makna sebenar yang dimaksudkan oleh para ulama Hadis.

Saya tidak berhasrat untuk membawa rangkap takrifnya seperti yang ditulis ulama, cukup sekadar menerangkan ciri-ciri syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sebuah hadis untuk bergelar mutawaatir.

Takrif tersebut menerangkan bahawa Hadis Mutawaatir mempunyai beberapa ciri yang harus dilengkapi. Ciri-ciri tersebut adalah seperti mana berikut:

1. Hadis tersebut diriwayatkan oleh 'sekumpulan yang ramai' daripada 'sekumpulan lain juga ramai bilangannya'.
2. Ramainya periwayat berlaku dalam setiap peringkat sanad periwayat hadis tersebut.
3. Maka, adalah mustahil bagi akal untuk mereka yang meriwayat hadis secara beramai tadi bersepakat untuk melakukan pembohongan terhadap hadis atau pun berlaku kesilapan dalam kesepakatan mereka tanpa mereka sengajakan.
4. Lafaz yang digunakan oleh periwayat hadis ketika dia meriwayatkan hadis tersebut hendaklah lafaz yang memberi keyakinan kepada sesiapa yang mendengar hadis tersebut.


Ciri-Ciri Mutawatir

Ciri Pertama
1. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan yang sesuai bagi mengatakan sesebuah kumpulan itu ramai. Bilangan yang disebut oleh ulama antaranya ialah 3, 4, 5, 7, 12, 20, 40, 313 dan lain-lain. Setiap ulama mengutarakan pendapat mengenai bilangan yang tertentu berdasarkan sebab tertentu. Sebagai contoh, ulama yang mengatakan sesuatu kumpulan hanya dikira ramai jika mencukupi 4 orang, pendapatnya ini adalah berdasarkan firman Allah yang menetapkan saksi zina mestilah 4 orang.

2. Bagi majoriti ulama, penentuan bilangan itu tidak perlu. Tetapi apa yang penting adalah bilangan yang ramai tersebut dapat menghasilkan ilmu.

3. Maka biarpun bilangan kumpulan yang menerima hadis mencecah angka yang membanggakan, sebagai contoh: 100 orang, tetapi ia tidak menghasilkan ilmu, maka hadis tersebut tetap tidak dianggap mutawaatir.

4. Keadaan yang sebaliknya pula berlaku jikalau bilangan mereka yang menerima hadis itu sedikit, sebagai contoh 10 orang, tetapi sudah cukup untuk menghasilkan ilmu, maka ia sudah layak untuk dikira mutawatir.

Ciri Kedua
1. Ini bermakna setiap peringkat perawi mencapai bilangan yang dapat mengelakkan mereka daripada bersepakat melakukan pembohongan terhadap hadis.

2. Setiap peringkat juga mestilah mencapai bilangan yang dapat menghasilkan ilmu yang yakin, bukan ragu-ragu.

3. Imam Ghazali mengatakan bahawa, keadaan tersebut mestilah sama (tidak berubah) antara dua hujung sanad. Begitu juga dengan pertengahan sanad.

# Dua hujung sanad yang dimaksudkan adalah awal dan akhir sanad. Ini bermakna, dari awal, pertengahan sehinggalah ke akhir sanad hadis perlulah dalam bilangan yang ramai seperti mana yang dinyatakan dalam ciri pertama.

4. Jika hadis itu diwarisi dari satu zaman ke zaman yang lain dalam keadaan syarat yang tidak dipenuhi, maka ia tidak boleh dikira mutawaatir.

5. Maka walaupun hanya 1 ada peringkat sahaja yang tidak memenuhi syarat ini, ia tetap tidak dikira mutawaatir.

6. Berdasarkan apa yang dinyatakan, periwayat hadis yang tidak mencapai bilangan Mutawaatir (ramai) yang disyaratkan, samada pada semua peringkat atau sebahagiannya, maka ia dikira sebagai hadis Masyhur, bukan Mutawaatir.

Ciri Ketiga
1. Mengapa bilangan periwayat hadis Mutawaatir dianggap sebagai satu bilangan yang diyakini dapat mengelakkan berlaku pembohongan di kalangan para periwayat terhadap hadis nabi?

2. Ini kerana dengan ramainya mereka, dan sifat mereka yang adil serta thiqah akan menolak sebarang kemungkinan akan berlakunya kesepakatan sesama mereka dalam melakukan pembohongan terhadap hadis nabi.

Ciri Keempat
1. Ketika meriwayatkan hadis, mereka menggunakan lafaz yang menunjukkan bahawa mereka mendengar sendiri dengan kedua-dua telinga mereka seperti: Aku mendengar.
2. Atau pun menggunakan lafaz yang menunjukkan mereka menyaksikan seseorang di kalangan ahli hadis meriwayat hadis seperti Aku melihat.
3. Atau apa sahaja lafaz yang boleh memberi keyakinan kepada orang lain bahawa dia sendiri betul-betul telah mengambil hadis daripada mana-mana periwayat hadis.

1 Komen:

ophiradaiker berkata...

How to get to Bet365 in NJ by Bus - BBSJON
Directions to Bet365 Casino (New 바카라사이트추천 Jersey) 벳 플릭스 with public 레드벨벳러시안룰렛 transportation. The following transit 한게임포커apk lines have routes 여수op사이트 that pass near

25 Februari 2022 pada 11:56 PG

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin