Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Mu'allaq

Selasa, 1 Disember 2009

Salah satu daripada hadis yang menjadi dhaif kerana terputus sanadnya adalah Hadis Mu'allaq : حديث معلق

Definisi Mu'allaq dari segi bahasa:


1. Mu'allaq adalah isim Maf'ul daripada fe'el 'Al-laqa : علّق . Masdarnya adalah Ta'liq : تعليق

2. Ta'liq bermaksud menjadikan sesuatu itu tergantung di udara tanpa ada sebarang tiang untuk dipauti.

3. Ta'liq al-Jidar : تعليق الجدار
* Bermaksud mendirikan dinding tanpa asas (konkrit) yang dapat mengukuhkannya.

4. Ta'liq al-Hadis : تعليق الحديث
* Bermaksud membuang sanad hadis yang diumpamakan sebagai asas yang menjadi tempat bergantung bagi sanad lain yang masih ada.

Definisi dari segi istilah:

1. Hadis yang
seorang periwayatnya atau lebih ramai (walaupun berturut-turut) telah gugur secara jelas dan nyata di permulaan sanadnya.

* Maksud permulaan sanad (periwayat pertama dalam sanad) adalah pengarang kitab. Manakala akhir sanad (periwayat terakhir dalam sanad adalah sahabat Nabi S.A.W. bagi hadis marfu', Tabien bagi hadis mauquf dan tabi' tabien bagi hadis maqtu'.

Daripada definisi hadis di atas, kita dapat melihat beberapa ciri yang boleh menjadikan sesuatu hadis itu mu'allaq:

1. Gugur periwayat di permulaan sanad. Hadis tidak dikira sebagai mu'allaq jika tiada periwayat yang gugur di permulaan, sebaliknya gugur di pertengahan atau akhir sanad.

2. Keguguran periwayat yang terjadi dalam sanad hadis berkenaan berlaku secara jelas dan nyata. Bermaksud, diketahui bahawa terdapat periwayat yang telah gugur di awal sanad berkenaan.

Ciri ini ditetapkan untuk membezakan hadis mu'allaq dengan hadis mursal khafi dan mudallas yang mana periwayat yang gugur dalam sanad kedua-duanya tidak disedari oleh sesiapa melainkan mereka yang betul-betul mengkaji sanad kedua-dua hadis berkenaan secara mendalam.


Bentuk-bentuk Hadis Mu'allaq:

1. Sanad hadis dibuang keseluruhan
nya, dari awal sanad hingga ke Rasulullah.
* Ketika hadis itu diriwayatkan, periwayatnya berkata: Telah berkata Rasulullah.

2. Sanad hadis dibuang kesemuanya kecuali sahabat.
* Jika periwayatnya berkata: Daripada Ibnu Umar, telah berkata Rasulullah.

3. Sanad hadis dibuang kesemuanya kecuali sahabat dan tabi'e.
* Jika periwayatnya berkata: Daripada Nafi', daripada Ibnu Umar, Rasulullah telah bersabda.

4. Periwayat membuang (tidak menyebut) nama sheikhnya, tetapi menyandarkan hadis tersebut kepada "sheikh kepada sheikhnya".

Keterangan berikut mungkin membantu kefahaman kita terhadap bentuk Mu'allaq ke-4:

Situasi sebenar:
* Si A
* Si B
* Si C
C merupakan pengarang kitab. C mengambil hadis daripada B, dan hadis tersebut diambil oleh B daripada A

Situasi Mua'allaq:
C membuang nama B, lalu mengatakan satu kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dia mengambil hadis secara langsung daripada A. Ini bermakna, B telah gugur daripada rantaian sanad hadis.

Jika A merupapkan guru kepada C (pengarang kitab), maka terdapat sedikit perbezaan pendapat, adakah ia dinamakan sebagai Mua'llaq atau tidak?
# Jika perbuatan membuang nama itu diketahui, dengan cara kajian dan pemeriksaan, maka ia dinamakan Mudallas.
# Jika perbuatan tersebut tidak diketahui, maka dinamakan Mu'allaq.

Hukum Ta'liq:
1. Imam Ibnu Hajar berkata:
Ta'liq disebut dalam golongan hadis yang tertolak kerana tidak diketahui keadaan nama-nama (sanad) yang dibuang. Maka dibimbangi ada di kalangan mereka yang tidak thiqah, tidak adil dan sebagainya.
2. Kadang-kadang ta'liq dihukumkan juga sebagai sahih jika nama-nama yang dibuang itu dapat diketahui dengan cara lain, walau pun tidak disebutkan dalam sanad. Sebagai contoh, turut disebut bahawa semua nama-nama yang dihazaf adalah periwayat yang thiqah.

3. Walau bagaimanapun, majoriti ulama tetap tidak menerimanya (walau pun dah diberitahu siapakah nama-nama periwayat yang telah dibuang).

4. Ibnu al-Solah berkata:
Jikalau penghazafan berlaku dalam kitab yang hanya mengumpulkan hadis sohih seperti Sohih Bukhari, dan ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang yakin, maka sebenarnya sanad yang dibuang telah dipastikan bahawa ianya sanad yang sohih (periwayatnya memenuhi syarat sohih).

Sanad tersebut dibuang dengan tujuan yang tertentu.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin