Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Munqati'

Jumaat, 4 Disember 2009


Selain daripada Hadis Mu'allaq, Hadis Munqoti' juga adalah hadis yang terhasil kesan daripada terputusnya rantaian sanad.

Definisi Munqoti' dari segi bahasa:

1. Merupakan isim faai'l : اسم فاعل bagi fe'el inqoto'a : انقطع
2. Ia bermaksud terputus, lawan kepada bersambung.

Definisi yang dimaksudkan oleh para ulama hadis:

1.0 Definisi Pertama

Hadis yang sanadnya keguguran seorang sahaja periwayat dalam satu-satu tempat, dan boleh berlaku pada banyak tempat, samada di awal sanad, tengah atau akhir, tetapi disyaratkan mestilah berlaku sebelum sahabat.

Keterangan:


1. Di sepanjang rantaian sanad, kemungkinan perkara yang berlaku adalah sanadnya terputus melebihi daripada 1 tempat. Tempat yang dimaksudkan ialah kemungkinan berlaku di awal, atau di akhir atau di tengah.

2. Jikalau ia putus pada 3 tempat sebagai contoh, atau lebih sekali pun, disyaratkan setiap tempat yang terputus hanya ada seorang sahaja periwayat yang gugur.

3. Berikut merupakan gambaran rantaian sanad yang bawa agar dapat memudahkan kefahaman kita.

Sanad bersambung: A - B - C - D - E - F - G - H - I - G - K - L - Tabi' - Sahabat - Nabi
Sanad terputusssss: A -....- C - D -.....- F - G - H -....- G -.....- L -..........- Sabahat - Nabi

"A"aaaam: permulaan sanad.
"Sabahat": pengakhiran sanad.

# Gambaran di atas menunjukkan terdapat 4 tempat yang putus, dan di setiap tempat, hanya seorang periwayat sahaja yang gugur iaitu:
333Tempat 1: B
333Tempat 2: E
333Tempat 3: I
333Tempat 4: Tabi'

# Jika diperhatikan, kesemua tempat yang mengalami keguguran periwayat hadis berlaku sebelum daripada sahabat. Ini bermakna, keguguran boleh berlaku di kalangan periwayat yang berada di awal sanad iaitu A, hinggalah ke tabi' dengan memenuhi ciri-ciri Hadis Munqoti' seperti yang digambarkan sebelum ini.

Persamaan dengan Hadis Mu'allaq

1. Jika periwayat yang gugur itu gugur di permulaan sanad, dengan syarat yang gugur itu hanya seorang.

2.0 Definisi Kedua

Hadis Munqoti' ialah hadis yang tidak bersambung sanadnya dalam semua keadaan, samada yang gugur itu seorang periwayat sahaja atau ramai, secara berturut-turut atau tidak, gugur
di hadapan, di tengah atau di akhir sanad, dan juga samada yang gugur itu sahabat atau tabi' atau selain daripada mereka.

# Berdasarkan definisi yang kedua, maka Hadis Mu'allaq, Mu'dhol dan Mursal termasuk dalam pecahan Hadis Munqoti'.

# Pendapat ini lebih diterima oleh para Ulama Feqh dan Usul.

Terdapat banyak lagi definisi yang diberikan oleh para ulama, cukup sekadar diutarakan 2 definisi di sini.

Hukum Hadis Munqoti'

1. Hadis Munqati' dihukum dhaif iaitu lemah kerana periwayat yang gugur tidak diketahui siapakah gerangan orangnya. Lantaran itu, tidak diketahui adakah dia seorang yang adil dan dhobit atau tidak.

2. Lain pula halnya jika telah diketahui siapakah orangnya, yang telah gugur itu, dan nyata bahawa dia merupakan seorang yang adil lagi dhobit serta thiqah. Maka ketika itu, hadis tersebut menjadi hadis sahih yang diterima pakai dan diamalkan. Ia tidak lagi menjadi hadis munqoti' selepas itu, bahkan ia dianggap hadis yang muttasil iaitu bersambung sanadnya.

3. Periwayat yang gugur itu boleh dikenali apabila terdapat rantaian sanad lain yang menyebut nama periwayat tersebut secara jelas,

4. Atau dengan kata lain, hadis yang sama tetapi mempunyai sanad-sanad yang berbeza.
333# Sanad pertama: Datang dalam keadaan yang terputus (Munqoti').
333# Sanad keduaaii: Datang dalam keadaan yang bersambung (Muttasil).

Ini membolehkan kita mengetahui siapakah periwayat yang gugur dalam sanad yang pertama dengan cara melakukan perbandingan antara kedua-dua sanad tersebut.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin