Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Mauquf dan Maqtu'

Jumaat, 12 November 2010

Hadis dari segi siapa yang mengungkapkannya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:
  1. Hadis Marfu' حديث مرفوع
  2. Hadis Mauquf حديث موقوق
  3. Hadis Maqtu' حديث مقطوع

Hadis Mauquf


1. Hadis Mauquf ialah kata-kata, perbuatan dan sebagainya yang datang daripada sahabat Nabi S.A.W.

2. Ia terhenti sekadar sahabat Nabi S.A.W dan tidak sampai kepada nabi.

3. Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan makna lain terhadap istilah ini yang masyhur di kalangan ulama Fiqh dari Khurasan. Mereka memanggil hadis Mauquf dengan nama Athar dan hadis marfu' dengan nama Khabar.

Ini bermakna, bagi mereka:
  • Mauquf adalah Athar.
  • Marfu' adalah Khabar.

Hadis Maqtu'

Hadis Maqtu' ialah kata-kata, perbuatan dan sebagainya yang datang daripada tabi'en dan terhenti sekadar mereka sahaja.

Plot Mauquf dan Maqtu'

Untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat sebuah plot:

  • Satu barisan yang terdiri daripada 10 orang mewakili 10 orang periwayat sesebuah hadis. Ini adalah gambaran kepada rantaian sanad hadis berkenaan.
  • Orang pertama mewakili Rasulullah S.A.W.
  • Orang kedua mewakili Sahabat nabi.
  • Orang ketiga mewakili Tabi'en.
  • Orang ke-10 mewakili periwayat terakhir.
  • Ketika orang ke-10 meriwayatkan hadis, ia akan menyebut nama orang ke-9 iaitu orang yang meriwayatkan hadis berkenaan kepada orang ke-10, seterusnya nama orang ke-8 sehinggalah nama sahabat.
  • Jikalau hadis berkenaan adalah hadis mauquf, maka sanadnya hanya terhenti sekadar sahabat sahaja. Ini kerana, hadis berkenaan datangnya bukan daripada Nabi S.A.W, tetapi datang daripada sahabat.
  • Jikala hadis berkenaan adalah hadis maqtu', maka sanadnya hanya sekadar tabi'en sahaja dan tidak melibatkan sahabat dan Nabi S.A.W.



Perbahasan Sekitar Marfu', Mauquf
dan Maqtu'

1.0. Penetapan sesuatu kalam sahabat sama ada marfu' atau mauquf

1.1. Kata-kata sahabat yang berbunyi: "Kami telah melakukan demikian" atau "Kami telah berkata demikian", ia mempunyai dua keadaan:

1.1.1. Keadaan pertama:

Ia tidak disandarkan kepada Nabi S.A.W secara jelas. Hukumnya adalah mauquf.

Hukum ini dinyatakan oleh Ibnu Solah yang sependapat dengan Khatib al-Baghdadi dan diceritakan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Muslim.

Walau bagaimanapun, terdapat ulama hadis yang berpendapat sebaliknya dengan menyatakan bahawa hukumnya adalah marfu'. Antaranya adalah Imam al-Hakim dan Imam al-Razi.

1.1.2. Keadaan kedua:

Ia disandarkan kepada zaman Nabi S.A.W.

Contohnya sahabat berkata seperti berikut:
  • "Kami mengatakan demikian pada zaman Nabi S.A.W"
  • "Rasulullah berada di kalangan kami"
  • "Rasulullah berada di hadapan kami"
  • "Rasulullah berada di hadapan kami dan ketika itu ayat Quran diturunkan."

Hukumnya berdasarkan pendapat majoriti ulama adalah marfu'.

Contoh yang lain, sahabat berkata seperti berikut:
  • "Kami diperintahkan demikian dan demikian."
  • "Kami dilarang untuk melakukan demikian dan demikian."
  • "Antara sunnah nabi ialah demikian."

Hukum kata-kata sahabat ini juga adalah marfu' seperti yang telah diputuskan oleh jumhur ulama'.

Hukum ini juga meliputi kata-kata sahabat yang berbunyi: "Telah dihalalkan kepada kami perkara demikian dan diharamkan perkara demikian".

2.0 Hadis Maqtu' bukan Hadis Munqati'

2.1 Ulama telah membezakan antara dua istilah ulum hadis ini dengan menetapkan bahawa Hadis Maqtu' adalah sifat bagi hadis dari sudut matannya. Manakala Hadis Munqati' adalah sifat bagi hadis dari sudut sanadnya.

2.2 Maqtu' adalah lawan kepada marfu', ia digunakan berdasarkan siapa yang mengatakan hadis berkenaan.

2.3. Munqati' pula adalah lawan kepada Muttasil. Munqati' boleh diibaratkan seperti tali yang terputus dua, tiga atau lebih di tengah-tengahnya atau di bahagian tali yang lain. Manakala Muttasil pula diibaratkan seperti tali yang bersambung dan tidak terputus.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin