Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Mudallas

Khamis, 9 Disember 2010



1.0 Definisi dari segi bahasa

  1. Isim maf’ul daripada fe’el dallasa دلّس yang bermaksud kegelapan. Masdarnya adalah tadlis تدليس.
  2. Ia dipetik daripada kalimah al-dalas الدلَسyang bermaksud mencampurkan kegelapan dengan cahaya yang menyebabkan sesuatu perkara tertutup daripada pandangan.
  3. Fe’el dallas juga digunakan untuk menunjukkan seseorang menutup sesuatu.

Para Muhaddis menamakan salah satu daripada jenis sanad yang terputus secara tersembunyi ini sebagai “mudallas” kerana perbuatan “tadlis” ini menutup dan menyembunyikan keadaan sanad yang sebenarnya telah diputuskan. Maka kerana ingin menutup keadaan sebenar sanad daripada pengkaji, periwayat tadlis ini meng”gelap”kan keadaannya agar pengkaji tidak dapat mengesan bahawa terdapat sesuatu yang telah gugur dari sanad.

2.0 Pembahagian tadlis

Ahli hadis berbeza pendapat dalam menentukan pembahagian tadlis. Namun pendapat yang paling diterima dan betul adalah pembahagian yang dibuat oleh Ibnu Solah. Beliau membahagikan kepada dua bahagian iaitu:
  • Tadlis isnad
  • Tadlis shuyukh
Pembahagian ini telah diterima oleh ramai ulama lain termasuk Imam al-Hafiz Ibnu Kathir dan Imam Nawawi.

Ulama lain pula ada yang membahagikan tadlis kepada lebih daripada dua bahagian dengan menambah beberapa bahagian lagi. Bahagian lain yang ditambah tersebut adalah:
  • Tadlis taswiyyah
  • Tadlis ‘ataf
  • Tadlis qat’i.
Walau bagaimanapun, pembahagian lain selain daripada dua pembahagian yang dibuat oleh Ibnu Solah sebenarnya termasuk dalam bahagian tadlis isnad.



2.1 Tadlis isnad تدليس إسناد.

2.1.1 Keterangan di sini.

2.1.2 Bahagian tadlis yang turut menjadi pecahan kepada tadlis isnad:

  • Tadlis al-Taswiyyah تدليس التسوية . Saya khususkan penerangannya di sini
  • Tadlis al-‘Ataf تدليس العطف . Saya khususkan penerangannya di sini
  • Tadlis al-Qat’i تدليس القطع
  • Tadlis al-Sukut تدليس السكوت

2.1.3 Tadlis al-qat'i dan tadlis al-sukut

  • Tadlis al-Qat’i
Periwayat tidak menyebut adat riwayat أداة الرواية (kalimah yang digunakan untuk meriwayat seperti haddasana) bahkan hanya menyebut nama syeikh yang ditadlis (sheikh yang bukan didengari daripadanya hadis). Bahagian ini turut dinamakan sebagai tadlis al-hazfi تدليس الحذف.

  • Tadlis al-Sukut
Periwayat menyebut adat riwayat, kemudian diam tanpa menyebut nama sheikh yang diambil daripadanya hadis dan terus menyebut hadis yang ingin diriwayatkannya

2.1.4 Hukum tadlis isnad

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum bagi periwayat yang melakukan tadlis dan hukum hadis yang diriwayatkannya.

Walau bagaimanapun dalam menentukan hukum yang betul terhadap hadis mudallas tersebut adalah dengan melihat lafaz yang digunakan oleh periwayat tadlis.

1. Dihukumkan dengan hukum hadis mursal.

Jika lafaz yang digunakan untuk meriwayatkan hadis adalah:
  • Lafaz yang muhtamal, iaitu mempunyai kedua-dua kemungkinan sama ada periwayat benar-benar mendengar hadis berkenaan daripada sheikhnya atau tidak mendengar, seperti lafaz ‘an, atau qaala dan lain-lain.
  • Periwayat juga tidak menerangkan keadaannya sama ada mendengar atau tidak.

2. Hadis tersebut hadis yang diterima dan boleh dijadikan hujjah.

  • Jika lafaz yang digunakan adalah lafaz yang menunjukkan secara jelas bahawa sanadnya bersambung dan ia mendengar serta mengambil hadis berkenaan daripada sheikhnya seperti lafaz sami’tu, haddasani dan lafaz lain yang seumpama dengannya.


2.2 Tadlis shuyukh. تجليس شيوخ.

2.2.1 Keterangan di sini.

2 Komen:

i'Esh iSlam berkata...

perincikan isi agar mudah difahami. dan terangkan lebih lengkap.

25 Mac 2012 5:44 PG
i'Esh iSlam berkata...

dalam kitab yang saya belajar, terlalu ringkas, jadi bila saya baca balik, saya jadi keliru dengan susunanketerangan. tolong ulas semula tentang perbezaan pendapat ulama tentang hadis mudallas. terima kasih.

25 Mac 2012 5:46 PG

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin