Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Tadlis al-'Ataf

Khamis, 9 Disember 2010

1.0 Definisi tadlis al-‘Ataf

Menurut Imam al-Sakhawi, tadlis al-'ataf adalah:

Periwayat tadlis menggunakan lafaz yang jelas bagi menunjukkan bahawa ia mendengar hadis daripada sheikhnya sendiri, walau bagaimanapun ia meng’atafkan sheikhnya yang lain bersama sheikhnya tadi (dengan menggunakan huruf ‘ataf seperti perkataan “dan”)– untuk menunjukkan bahawa ia mendengar hadis berkenaan daripada kedua-dua sheikh tersebut – sedangkan pada hakikatnya ia hanya mendengar hadis berkenaan daripada sheikh yang pertama sahaja, bukan daripada kedua-duanya.

2.0 Keterangan

Keadaan yang disebutkan boleh berlaku sama ada kedua-dua sheikh tadi merupakan rakan seperguruan (mengambil hadis daripada orang yang sama) atau tidak.

Sebagai contoh: Seorang periwayat tadlis berkata: aku mendengar hadis ini daripada Sheikh Yusuf dan Sheikh Ahmad.


Kedua-dua Sheikh tersebut, Sheikh Yusuf dan Sheikh Ahmad sememangnya merupakan guru kepada periwayat tadlis ini. Ini bermakna periwayat sememangnya mengambil hadis daripada kedua-duanya.

Berdasarkan kalam periwayat dalam contoh di atas, ia secara jelas menunjukkan bahawa ia mendengar hadis yang dinyatakan daripada kedua-duanya sheikh. Namun dalam keadaan talis al-‘ataf, periwayat tadlis sebenarnya hanya mendengar hadis yang diriwayatkannya itu daripada Sheikh Yusuf sahaja dan tidak mendengarnya daripada Sheikh Ahmad.

Tadlis yang berlaku di sini adalah pada sheikh yang mana dalam ilmu nahw, ia dipanggil ma’tuf kerana berada selepas kalimah ataf “dan”.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin