Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Tadlis al-Shuyukh

Khamis, 9 Disember 2010

1.0 Definisi tadlis al-shuyukh

  • Periwayat tadlis menyebut sheikhnya (sheikh yang meriwayatkan hadis yang sedang diriwayatkan oleh si periwayat) dalam sanadnya
  • tetapi sebutannya itu dengan menggunakan sesuatu (nama, gelaran, nisbah gurunya kepada kabilah,kampung dan sebagainya) yang tidak dikenali serta bukanlah sesuatu yang masyhur di kalangan ulama
  • supaya sheikhnya itu tidak dikenali
  • hal ini disebabkan sheikhnya itu masih kecil atau seorang yang dhaif dan sebagainya.
2.0 Keterangan

Contoh dari saya: Seorang sheikh telah masyhur di kalangan ulama dengan gelaran al-hakim dan turut mempunyai gelaran lain, al-Khalil, yang tidak diketahui ramai. Namun murid yang meriwayat hadis daripadanya tidak menggunakan gelarannya yang masyhur iaitu al-Hakim, tetapi menggunakan gelarannya yang tidak pernah diketahui oleh ulama. Justeru muridnya itu boleh dikatakan telah mentadlis hadis tadi dengan bentuk tadlis al-shuyukh.

Tadlis bahagian ini boleh terjadi asalkan periwayat menyebut sheikhnya dengan sesuatu yang tidak masyhur di kalangan ulama. Boleh jadi sheikhnya masyhur hanya dengan gelaran sehinggakan nama sebenarnya tidak diketahui. Maka yang disebut oleh muridnya ketika meriwayatkan hadis daripadanya adlaah nama sebenarnya sheikhnya.

3.0 Faktor yang menyebabkan periwayatkan melakukan tadlis al-Shuyukh:

3.1. Sifat sheikhnya yang dhaif (kurang thiqah atau kurang dhabit). Oleh kerana itu, periwayat tadlis dengan sengaja mengubah nama sheikhnya yang dhaif tadi atau gelarannya dan sebagainya untuk mengelakkan sanadnya daripada dikritik oleh para pengkaji kerana kedhaifan sheikhnya dan juga supaya orang tidak mengetahui bahawa ia telah mengambil hadis daripada seorang yang dhaif.

3.2. Sheikhnya itu lebih muda daripadanya atau lebih tua sedikit berbanding dengan umurnya.

3.3. Sheikhnya mempunyai umur yang panjang sehingga orang lain turut berguru dengan sheikh tersebut dan menjadikan periwayat tadlis ini berkongsi guru dengan penuntut yang lain.

3.4. Periwayat tadlis ini banyak meriwayatkan hadis daripada sheikh yang ditaliskannya. Dengan sebab itu, dia menyebut sheikhnya itu dengan sesuatu yang tidak masyhur kerana ia tidak gemar menyebut sheikh yang sama dengan menggunakan cara yang sama berulang kali. Maka ia mempelbagaikan riwayatnya dengan menggunakan pengenalan sheikh yang pelbagai. Selain itu, mungkin juga ia bertujuan supaya orang menyangka bahawa ia telah mengambil hadis daripada ramai sheikh kerana pengenalan sheikhnya berbeza sedangkan orangnya adalah orang yang sama.

3.5. Periwayat tadlis merupakan seorang yang disanjung tinggi di kalangan umum dan sentiasa dipandang baik dari segi peribadinya, kaumnya, negaranya dan sebagainya.

4.0 Hukum tadlis shuyukh

Hukum tadlis bahagian ini berbeza berdasarkan faktor hadis ini ditadlis.

4.1. Haram

Jika tadlis dilakukan dengan tujuan menyembunyikan sheikh daripada kritikan kerana dhaifnya sheikh tersebut bagi membolehkan hadis yang ditadliskan itu diterima, maka tindakan tersebut adalah haram kerana terdapat unsur-unsur penipuan dan dianggap tadlis shyukh yang terkeji.

2. Makruh

Jika faktor periwayat mentadlis hadis selain daripada sebab di atas, umpama sheikhnya lebih muda atau faktor-faktor yang lain yang mendorong kepada tindakan mentadliskan hadis, maka oleh kerana ia tetap merupakan tindakan menyembunyikan identiti sheikhnya daripada pengetahuan umum dan menyulitkan ulama untuk mengetahuinya, tindakan tersebut dihukum makruh dan tidak jatuh kepada haram.

5.0 Keadaan hadis yang ditadliskan

Tindakan periwayat tadlis menggunakan pengenalan identiti sheikhnya yang tidak diketahui umum, maka ia menjadikan sheikhnya majhul ‘ain (tidak diketahui siapakah periwayatnya) dan majhul hal (tidak diketahui bagaimanakah sifat periwayatnya). Oleh kerana itu dalam keadaan ini, hadis yang ditadliskan tidak boleh diterima melainkan jika telah dikenalpasti mengenai identiti periwayat dan dipastikan bahawa ia merupakan seorang yang adil dan dhabit.

Tadlis yang dilakukan dalam bentuk tadlis shuyukh ini dilihat lebih mudah dikesan berbanding tadlis isnad, maka jika dibandingkan kedua-duanya, hukum tadlis shuyukh lebih ringan. Ini kerana bagi ulama serta para imam yang sentiasa bermain dengan asanid hadis, mereka akan mengenali periwayat hadis walaupun menggunakan nama yang jarang-jarang kedengaran.

Tadlis isnad pula sebaliknya. Ia hanya dapat diketahui dengan 2 cara:

  1. Pengakuan daripada periwayat tadlis itu sendiri dengan menyatakan bahawa ia tidak mendengar hadis berkenaan daripada periwayat yang telah ditadliskannya.
  2. Periwayat tadlis meriwayat hadis berkenaan buat kali yang kedua dengan sanad yang benar tanpa menggugurkan periwayat yang telah digugurkannya dalam sanad tadlis ketika meriwayat buat kali pertama.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin