Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Tadlis Isnad

Khamis, 9 Disember 2010

1.0 Bentuk-bentuk tadlis isnad:

Tadlis bahagian ini mempunyai 4 bentuk. 1 daripadanya adalah bentuk yang disepakati dan 3 yang lain tidak disepakati.

1.1 Bentuk 1 (bentuk yang disepakati)

1. Seorang periwayat meriwayatkan hadis tertentu daripada seseorang yang telah dijumpainya dan telah mendengar hadis daripadanya.

2. Namun begitu, hadis yang sedang diriwayatkannya itu bukanlah hadis yang didengarinya daripada orang yang ditemuinya (sebenarnya dia mendengar hadis tersebut daripada orang lain)

3. Sedangkan lafaz (sighah) yang digunakannya ketika meriwayat adalah lafaz yang menimbulkan sangkaan bahawa hadis tersebut didengar daripada orang yang ditemuinya itu.

4. Dan dia juga sebenarnya telah menggugurkan (tidak menyebut dalam sanadnya) sheikh yang telah meriwayatkan hadis kepadanya – hadis tersebut sebenarnya diambil daripada sheikh ini.

3 syarat untuk berlakunya tadlis isnad bentuk 1 iaitu:

1. Seorang periwayat meriwayatkan hadis yang tidak didengarinya daripada seorang sheikh secara mubasyarah (bersemuka). Walhal, hadis berkenaan sebenarnya didengarinya daripada sheikh lain secara mubasyarah tetapi tidak pula disebutkan dalam sanad (menggugurkannya daripada sanad).

2. Telah dipastikan berlakunya pertemuan antara periwayat dengan sheikh yang ditadlis (sheikh yang - berdasarkan kenyataan periwayat - dikatakan telah memperdengarkan, meriwayat hadis kepada periwayat) sedangkan hadis itu bukan daripada sheikh berkenaan.

3. Periwayat meriwayat hadis menggunakan sighah yang tidak memberikan kepastian, sighah yang membawa kemungkinan antara dia mendengar atau tidak, daripada sheikh yang ditadlis.

Periwayat yang melakukan tadlis akan meriwayatkan hadis yang tidak didengarinya daripada sheikh yang telah ditemuinya dengan lafaz yang menimbulkan sangkaan bahawa dia mendengar daripadanya. Oleh kerana itu, lafaz yang digunakan adalah lafaz yang boleh memberikan kemungkinan antara dia telah mendengar daripada orang yang ditemuinya atau tidak mendengar seperti lafaz: ‘an عن , qaala قال , anna أن. Maka ketika meriwayatkan hadis mudallas, dia akan berkata: ‘an fulan عن فلان, atau qaala fulan قال فلان atau anna fulan qaala kaza أنّ فلا قال كذا .

Lafaz-lafaz ini bukanlah lafaz yang menandakan dengan pasti bahawa dia telah betul-betul mendengar hadis yang diriwayatkannya daripada orang yang ditemuinya, tetapi ia hanya boleh memberi satu kemungkinan bahawa dia telah mendengar dan kemungkinan dia tidak mendengar.

Periwayat tidak menggunakan lafaz yang menunjukkan pasti berlakunya sima’ seperti sami’tu سمعت atau haddasani حدثني kerana ia akan menjadikan dirinya pembohong jika dia dengan sengaja berbuat demikian sedangkan hadis berkenaan bukanlah didengarinya daripada orang yang ditemuinya.


1.2 Bentuk 2


1.3 Bentuk 3


1.4 Bentuk 4



2.0 Bahagian tadlis yang turut dijadikan pecahan kepada Tadlis Isnad:

2.1 Tadlis al-Taswiyyah تدليس التسوية
2.2 Tadlis al-‘Ataf تدليس العطف
2.3 Tadlis al-Qat’i تدليس القطع
2.4 Tadlis al-Sukut تدليس السكوت

1 Komen:

Nisa Elfaradisa berkata...

sumber kitabnya mana ya....?

24 Mei 2013 6:18 PTG

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin