Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Marfu’

Jumaat, 12 November 2010


Hadis dari segi siapa yang mengungkapkannya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:
  1. Hadis Marfu' حديث مرفوع
  2. Hadis Mauquf حديث موقوق
  3. Hadis Maqtu' حديث مقطوع

Hadis Marfu'

Hadis Marfu’ ialah hadis yang disandarkan atau dinisbahkan khusus kepada Rasulullah S.A.W , tanpa mengambil kira sama ada sanadnya bersambung atau terputus, dan sama ada ia berbentuk kata-kata baginda, perbuatannya, perakuannya atau sifatnya.

  • Atau dengan makna lainnya, hadis yang diungkapkan oleh Baginda S.A.W.

Berdasarkan maksud yang telah dinyatakan, kita mendapati sandaran dan nisbah hadis marfu’ kepada Rasulullah S.A.W ini adalah hanya sandaran semata-mata seperti mana seseorang mengatakan: “Rasulullah S.A.W telah berkata begini dan begini”. Penyataan tersebut dibuat tanpa mengenal pasti bahawa hadis tersebut benar-benar lahir daripada kalam Rasulullah atau tidak .

Justeru, hadis marfu’ menjadi lebih umum daripada hadis sahih yang telah dipastikan bahawa ia benar-benar lahir daripada Rasulullah. Selain itu, hadis marfu’ juga meliputi hadis maudhu’, iaitu hadis palsu yang direka oleh musuh-musuh lalu disandarkan kepada nabi dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W lah yang mengungkapkannya. Ini juga bermakna, tidak semua hadis marfu’ mencapai darjat sahih di sisi para ulama’.

Oleh kerana itu, hadis marfu’ terdiri daripada 3 bahagian:
  1. Sahih
  2. Hasan
  3. Dhaif

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin