Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Beza antara sohih lizatih dan hasan lizatih

Sabtu, 3 April 2010


Berdasarkan ciri kedua-dua jenis hadis sohih dan hasan seperti mana yang tertulis di artikel Pembahagian hadis sohih dan hasan, kita mendapati kedua-duanya mempunyai ciri yang sama daripada segala sudut melainkan satu perkara sahaja iaitu:

  • Dhabit yang sempurna pada hadis sohih.
  • Dhabit yang tidak sempurna pada hadis hasan.

Makna dhabit yang sempurna ialah:

  • Nisbah yang jauh antara kesalahan yang dilakukan oleh periwayat jika dibandingkan dengan tindakannya yang betul dan tepat.
  • Kesalahannya terlalu sedikit.
  • Gambaran mudah yang boleh diberikan berdasarkan nilali peratusan ialah 85% untuk ketepatan periwayat dan 15% untuk kesalahannya.

Makna dhabit yang kurang sempurna ialah:

  • Nisbah tidak terlalu jauh antara kesalahan periwayat dan kesalahannya.
  • Dari segi peratusannya, ketepatan periwayat seolah-olah hanya berada di tahap 75% dan kesalahannya di tahap 25%.

Kesimpulan

  • Periwayat hadis sohih mempunyai ingatan yang sangat kuat sehingga mampu menghafal hadis dengan baik dan terhindar daripada melakukan kesilapan.
  • Periwayat hadis hasan pula mempunyai ingatan yang kurang kuat berbanding periwayat hadis sohih dan kemungkinan untuk berlaku kesilapan lebih tinggi di pihak periwayat hadis hasan.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin