Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Ilmu-ilmu asas untuk mempelajari Isnad

Rabu, 31 Mac 2010

Proses memberi hukum terhadap sesuatu hadis bukanlah suatu proses yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia memerlukan kepada kesungguhan yang dibimbing oleh pengetahuan meluas dalam ilmu hadis serta cabang-cabangnya.

Jika semuanya telah mencukupi, barulah sesorang itu mampu untuk menghukum sesuatu hadis dengan hukum yang betul sama ada sohih atau tidak.

Ilmu-ilmu asas yang menjadi panduan dalam gerak kerja menghukum sesuatu hadis adalah seperti berikut:

1. Ilmu Mustolah Hadis
2. Ilmu Takhrij
3. Kaedah Jarah dan Ta’dil
4. Mengenal kitab Jarah dan Ta’dil
5. Kaedah membezakan periwayat dan menyelesaikan persamaan antara mereka.



Ilmu Mustolah Hadis

Ilmu ini terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Ilmu Hadis Riwayah
  2. Ilmu Hadis Dirayah

1. Ilmu Hadis Riwayah bermaksud:

  • Ilmu yang meliputi perkara-perkara yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad S.A.W.
  • Atau dengan kata lain, Perkara-perkara yang datang dan terhasil daripada Nabi Muhammad S.A.W.

Bermakna, dengan Ilmu Hadis Riwayah kita mengetahui perkara-perkara berikut:
  1. Kata-kata baginda.
  2. Perbuatan baginda.
  3. Pengakuan daripada baginda terhadap perbuatan sahabat, atau tiada larangan daripada baginda apabila sahabat melakukan sesuatu yang bukan arahannya.
  4. Sifat fizikal baginda.
  5. Sifat peribadi atau akhlak baginda.
  6. Perjalanan atau pemusafiran baginda.
  7. Peperangan yang baginda lalui.

2. Ilmu Hadis Dirayah bermaksud:
  • Ilmu mengenai kaedah-kaedah mengenal dan mengetahui keadaan sanad dan matan sama ada ia (sanad dan matan) diterima atau tidak.
  • Keadaan sanad adalah keadaan periwayat hadis.
  • Keadaan matan adalah keadaan teks sesuatu hadis.

Ilmu Takhrij

1. Apa yang dimaksudkan dengan Ilmu Takhrij adalah:

AAAAMengeluarkan hadis daripada kitab yang menjadi sumber hadis yang asli, kemudian menyebutnya dalam kitab karangan sendiri dengan menyertakan indeks rujukannya.

2. Anda pastinya sudah biasa melihat dalam kitab-kitab agama, apabila penulisnya menyebut satu hadis yang diambil daripada kitab Sahih Bukhari sebagai contoh, maka di bawahnya terdapat nota kaki yang menyebut nombor hadis tersebut, turutannya dalam kitab Sahih Bukhari, dalam tajuk apakah hadis tersebut diletakkan dan sebagainya bagi memudahkan rujukan semula. Maka apabila anda melihat keadaan tersebut, anda sebenarnya telah melihat satu proses takhrij hadis di situ.

>> Maksud sumber hadis yang asli ialah:

  • Kitab-kitab yang ditulis oleh pengarang berdasarkan sanadnya sendiri.
  • Pengarang tersebut mempunyai hadis yang didengar sendiri olehnya daripada sheikhnya. Lalu beliau mengumpulkan hadis tersebut dalam kitabnya dengan sanad yang diperolehi.
  • Kitab tersebut kemudiannya menjadi sumber hadis dan dianggap sebagai sumber yang asli.
  • Kitab al-Um karangan Imam Syafie juga dianggap kitab yang menjadi sumber hadis yang asli kerana Imam Syafie sendiri memiliki sanad hadis-hadis yang terdapat dalam kitab tersebut.

Mengenal kitab Jarah dan Ta’dil

AAAAMengenal kitab-kitab Jarah dan Ta’dil dikira sebagai salah satu asas dalam mengenal periwayat sama ada mereka yang thiqah mahu pun sebaliknya.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin