Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Hadis Hasan

Khamis, 1 April 2010


Berbicara mengenai hadis hasan, maka saya bawakan 2 takrif daripada ulama hadis yang muktabar:

  1. Imam Tirmizi
  2. Imam al-Khattabi

Takrif Imam Tirmizi

Imam Tirmizi dalam kitabnya العلل الصغير الملحق بالسنن menerangkan ciri-ciri hadis hasan adalah seperti berikut:

  1. Isnad hadis berkenaan tidak mengandungi periwayat yang dituduh menipu.
  2. Maka, periwayat mastur dan majhul turut tersenarai menjadi periwayat hadis hasan.
  3. Isnad hadis berkenaan tidak mengandungi syaz
  4. Hadis berkenaan turut diriwayatkan daripada jalan yang lain, maka ia akan saling membantu antara satu sama lain.
- Ibnu Sayyid al-Nas mengatakan bahawa syarat ini diperlukan jika periwayat hadis tersebut mastur.
Daripada 3 ciri yang terdapat dalam takrif, terdapat 2 perkara yang membezakan hadis hasan dengan hadis sahih iaitu:

1.AAPeriwayat hadis hasan mestilah thiqah tetapi taraf thiqahnya lebih rendah sedikit berbanding taraf thiqah periwayat hadis sahih.

  • Ini kerana periwayat hadis sahih tidak cukup sekadar bersih daripada tuduhan menipu, bahkan lebih daripada itu.
  • Manakala bagi periwayat hadis hasan, bersih daripada tuduhan menipu telah mencukupi.

2.AATurut disyaratkan dalam hadis hasan, mestilah diriwayatkan daripada jalan yang lain, sedangkan syarat tersebut tidak diperlukan bagi hadis sahih.

Takrif Imam al-Khattabi

Hadis hasan: Hadis yang diketahui tempat keluarnya dan masyhur periwayatnya.
  • Tempat keluar yang dimaksudkan adalah periwayat hadis tersebut.

Pembahagian hadis hasan oleh Imam Ibnu al-Solah

Berdasarkan kedua-dua takrif yang ada, Ibnu al-Solah mendapati bahawa hadis hasan terbahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian pertama, bahagian ini dikeluarkan daripada takrif Imam Tirmizi iaitu:

Hadis yang isnadnya tidak terelak daripada periwayat mastur yang tidak cukup kelayakan untuk menjadi periwayat hadis sahih. Walau bagaimanapun:
  1. Periwayat berkenaan bukanlah orang yang cuai sehingga melakukan banyak kesalahan dalam periwayatannya.
  2. Ia juga tidak dituduh berbohong dalam meriwayatkan hadis.
  3. Begitu juga tidak dituduh melakukan perkara lain yang menyebabkannya fasiq.
  4. Selain itu, terdapat riwayat lain yang meriwayatkan matan hadis yang sama. Riwayat tersebut membantu hadis ini untuk diterima dan ditinggikan tarafnya.

Bahagian kedua, bahagian ini dikeluarkan daripada takrif Imam Abu Sulaiman al-Khattabi iaitu:

Periwayat hadis merupakan:

  1. Orang yang terkenal dengan sifat benar dan amanah, tetapi darjatnya tidak mencapai darjat sahih disebabkan ingatannya yang sedikit lemah.
  2. Dalam masa yang sama, hadisnya bebas daripada syaz, illah dan ciri-ciri hadis munkar.

*Tambahan

Berdasarkan kefahaman kedua-dua bahagian hadis hasan ini, ia mempunyai persamaan dengan pembahagian yang dibuat oleh Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani iaitu:

  1. Hadis hasan lizatih: bahagian kedua pembahagian Imam Ibnu al-Solah.
  2. Hadis hasan lighairih: bahagian pertama pembahagian Imam Ibnu al-Solah.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin