Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Pembahagian hadis sahih dan hasan

Sabtu, 3 April 2010

Pembahagian hadis sahih dan hasan oleh Ibnu Hajar al-'Asqalani

Pembahagian yang dilakukan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani merupakan pembahagian yang paling mudah untuk difahami. Ia memudahkan kita untuk membuat perbezaan antara setiap pecahan yang telah dibuat.

Beliau membahagikan hadis sohih dan hadis hasan, masing-masing kepada dua bahagian:

  1. Sohih lizatih
  2. Sohih lighairih

  1. Hasan lizatih
  2. Hasan lighairih

Sohih lizatih

Berdasarkan takrif sohih lizatih, boleh disimpulkan bahawa ciri-ciri sohih lizatih adalah seperti berikut:

  1. Sanadnya bersambung dari mula hingga akhir.
  2. Semua periwayatnya adil.
  3. Periwayatnya mempunyai tahap dhabit yang sempurna.
  4. Tiada syaz dalam hadis.
  5. Tiada illah dalam hadis.

Hasan lizatih


Berdasarkan takrif hasan lizatih, boleh disimpulkan bahawa ciri-ciri hasan lizatih adalah seperti berikut:

  1. Sanadnya bersambung dari mula hingga akhir.
  2. Semua periwayatnya adil.
  3. Periwayatnya bersifat dhabit tetapi tidak sempurna.
  4. Tiada syaz dalam hadis.
  5. Tiada illah dalam hadis.



Sohih lighairih

Hadis ini menjadi sohih bukan kerana dirinya telah mencukupi 5 syarat hadis sohih, ia menjadi sohih kerana pertolongan luaran. Ia menjadi sohih dengan sebab hadis lain yang membantunya menjadi sohih.

Sohih lighairih lahir apabila:

Hadis hasan lizatih tersebut turut diriwayatkan daripada jalan sanad lain yang lebih kuat daripada sanadnya

    • Jalan sanad lain jumlahnya sama ada satu atau lebih.
    • Ini bermakna, terdapat 2 sanad atau lebih yang meriwayatkan 1 hadis yang sama.

    • Sanad pertama: Hadisnya hasan lizatih kerana sanadnya daripada periwayat yang kurang dhabit lalu menjadikan hadis tersebut hanya bertaraf hasan lizatih .
    • Sanad kedua: Hadisnya sohih kerana sanadnya daripada periwayat yang sempurna dhabitnya lalu menjadi hadis tersebut bertaraf sohih.

    • Oleh kerana wujud hadis yang sama tetapi bersanadkan sanad yang sohih, maka hadis ini akan mengangkatkan darjat hadis yang bertaraf hasan lizatih ke tahap sohih lighairih.

    Kesimpulannya:

    • Hadis sohih lighairih berasal daripada hadis hasan, ia kemudiannya menjadi sohih lighairih kerana diangkat darjatnya oleh hadis lain yang lebih tinggi darjatnya.

    Hasan lighairih

    Bagaimana hasan lighairih boleh wujud?

    • Konsep yang sama dengan hasan lizatih bertukar menjadi sahih lighahrih digunakan di sini.
    • Hadis hasan lighairih menjadi hasan bukan kerana dirinya mempunyai kesemua ciri-ciri hadis hasan seperti hasan lizatih, ia menjadi hasan kerana hadis lain yang lebih tinggi darjatnya daripadanya.

    • Hadis hasan lighairih pada asalnya merupakan hadis dhaif. Dhaif kerana ia tidak mencukupi satu syarat daripada syarat hasan lizaatih atau lebih.
    • Oleh kerana wujud hadis yang sama tetapi datang daripada sanad lain yang lebih tinggi darjatnya, maka hadis yang lebih tinggi tersebut mengangkat darjat hadis dhaif tadi ke taraf hadis hasan (hasan lighairih).
    • Walau bagaimanapun, bukan semua hadis dhaif boleh dinaikkan darjatnya menjadi hadis hasan lighairih. Bab ini akan dibicarakan dalam satu tajuk yang khusus insyaAllah.

    0 Komen:

    Catat Ulasan

    Blog Widget by LinkWithin