Subhanallah

Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta

Laa'ilaaha illa Allah

Laa'ilaaha illa Allah
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan

Periwayat yang Majhul

Khamis, 1 April 2010


Majhul jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud tidak dikenali.

Periwayat yang majhul terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Majhul al-Ain:
  • Diri periwayat itu sendiri tidak dikenali.

2. Majhul al-Hal:
  • Sifat dan keadaan periwayat itu tidak dikenali walaupun dirinya dikenali sebaik sahaja namanya disebut.
  • Maka kita tidak mengetahui sama ada periwayat tersebut bersifat adil atau tidak.
  • Imam Ibnu al-Salah dalam kitabnya Ulum Hadis menyebut riwayat yang majhul terbahagi kepada 3. Dua daripadanya adalah majhul al-hal dan satu daripadanya adalah majhul al-ain.
Dua bahagian yang termasuk dalam majhul al-hal tersebut adalah:

  1. Periwayat yang sifat adilnya tidak diketahui orang, sama ada dari segi luaran mahu pun dalaman.
  2. Periwayat yang dikenali dengan sifat adil dari segi luaran sahaja, tetapi dari segi dalaman tidak diketahui. Bahagian ini disebut sebagai periwayat mastur مستور.

0 Komen:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin